Wednesday, May 21, 2014

maafkan saya

hari ni aku nak update pasal kehidupan aku sendiri.. kenapa erh semua orang yang ada dekat sekeliling aku bahagia je.. sedangkan aku? macam-macam masalah.. daripada family sampai ke bf sekalipun.. aku suka sia-siakan kesempatan yang ada dengan perangai aku sendiri .. tak ada sorang yang nak bimbing aku, hmm macam mana aku nak berubah laa haii.. aku perlu kan sokongan , tapi setiap kali aku perlu seseorang semua tak ada.. alasan busy memanjang..... perlu ke aku minta sokongan daripada orang macam ni? hmm yaa hanya diri sendiri yang boleh berubah dan membimbing.. tipu kalau sepanjang aku hidup aku tak pernah rasa give-up tak pernah rasa kecewa tak pernah rasa sedih bila hadapi sesuatu dugaan.. tapi alhamdulillah aku boleh selesaikannya dengan cara aku sendiri dengan bantuan Allah.. hmm :') .. setiap yg berlaku ada hikmah right? itulah yang selalu aku pegang... Allah dah merancangkan sesuatu untuk aku , Allah dah tetapkan yang terbaik untuk aku, Allah dah sediakan kebahagiaan aku yang aku sendiri tak kan tahu macam mana kebahagiaan tuh aku dapat... dan sekarang pada kesempatan kali ni , aku nak meluahkan sesuatu apa yang aku pendam.. mungkin terkurang beban dan mungkin juga tidak... tapi apa pun TERPULANGLAH...........

bila aku baca semua status facebook , tweet dekat twitter and so on.... aku sendiri macam tak percaya.. apa yang kau tak percaya esti? jawapan : KEHIDUPAN ISTILAH "relationship" bila dah masuk alam sambung belajar atau dikenali sebagai Universiti/Kolej/Politeknik dan sewaktu dengannya.. majoriti semua lebih kurang sama tak ada beza... aku terbaca satu status akak ni, dulu dia ada couple dengan lelaki satu sekolah.. sweet je tengok.. hampir dekat 3 tahun diaorang couple, tapi sayang sejak masing-masing mula haluan sendiri last-last diaorang putus.. dan lelaki ue dah ada orang baru..... tapi akak ue masih single... pengalaman macam ue bukan satu tapi banyak.. dan sekarang baru aku rasa macam mana sakitnya , macam mana kecewanya , macam mana sedihnya bila kena tinggal dengan orang yang kita sayang... siapa yang baca blog ni mungkin ada yang terasa... kalau terasa mungkin itu petunjuk dari Allah di atas kesilapan yang berlaku..

aku perempuan , aku tau kelebihan aku apa.. salah satunya naluri aku sebagai seorang perempuan kuat.. aku tau siapa yang tak suka aku , siapa yang dah tak perlukan aku , siapa yang dah tikam aku , siapa yang dah hancurkan harapan aku dari belakang dan siapa yang betul-betul dah tak sayangkan aku .. kenapa aku cakap macam ni? aku dah lemah , aku dah penat nak jaga hati orang lain sampai hati sendiri tak terjaga.. aku tak fahamm, ... mungkin benda ni berlaku sebab salah silap aku sendiri sebab dah buat benda yang sedemikian dekat orang lama ke apa ... yela bak kata orang WHAT GOES AROUND COMES AROUND.... hari ni , kalau boleh jujur sejujur jujurnya aku kecewa... sumpah demi Allah aku sedih aku kecik hati dengan sikap kau ashraf... yeaa lelaki mana lagi yang aku nak mention kalau bukan kau sorang.. tak kan ayah aku pulak... kau faham kan apa yang aku nak cuba sampaikan? 

awak............ kenapa saya bodoh sangat erk sebab terlalu sayangkan awak sampai harapan saya semua untuk awak..? awak ada jawapan tak untuk soalan saya ni.. awak tau sejak awak pergi PERLIS ni, saya memang dah agak dan tak kan teragak-agak kalau benda yang saya tak suka awak akan buat.. awak tau saya ikhlas tunggu awak dekat sini , saya setia tunggu awak mesej saya , saya terlalu rindukan ashraf saya .... tapi apa yang awak buat? saya faham keadaan awak, saya tau awak sibuk saya tau awak penat dengan aktiviti orientasi awak.... tapi perlu ke awak layan saya macam sampah even ayat awak ue tak ada nak tengking-tengking... awak faham tak perasaan saya macam mana?! awak nak kejadian 8 bulan sebelum ni berlaku dalam kehidupan saya erh? ea sampai bila hah awak nak dengan perangai awak macam ni!.. awak langsung tak ada hargai saya, awak anggap seolah-olah saya ni bukan gf awak.. awak......... why should you hide everything infront of public? why ? you act like you and me are perfect couple.. but actually ? hmmmm think it...

saya memang tak boleh balas dendam apa yang awak dah buat pada saya , tapi saya pasti cepat atau lambat awak sendiri yang akan rasa macam mana sakitnya hati saya selama ni.. sebelum ni , awak ada baca blog saya... awak siap bersumpah awak menangis & kecewa dengan pembohongan saya.... bila saya dah jujur saya harap kita boleh mulakan kehidupan saya ... tapi sayang , fakta berkata lain... saya harapkan lain tapi lain yang saya dapat... awak............ jujur saya rindukan awak sayang.. rindu sangat.. selama ni , saya puji awak depan kawan saya .. saya cakap depan diaorang yang saya bahagia dengan awak yang sekarang ..  tapi kenapa perangai lama awak datang balik.. saya dah kurang manja dengan awak sayang..... awak , kembalikan semangat saya... pulihkan rasa kepercayaan saya terhadap awak.. awak sendiri yang buat saya fikir bukan-bukan pasal awak, hmm yeahhh ... saya tau saya banyak kekurangan , saya tau siapa saya .. tapi kalau awak dah fedap, awak dah tak tahan dengan perangai saya yang sekarang saya merayu pada awak.... LEPASKAN SAYA ........ walaupun saya dah berjanji macam-macam dekat awak, biarlah Allah yang mengatur semua ni..

awak, mesej daripada awak buat saya rasa hampa sangat... bila saya sampai rumah setiap balik sekolah target utama saya adalah mesej daripada awak... bila saya nak tidur, memang dah jadi rutin harian saya untuk baca semua mesej awak... mesej awak daripada 7.3.2014 masih saya simpan.. lain lah awak kan... mungkin awak dah delete... awak, saya harap awak tak tukar profile picture ue, kalau awak tukar.. saya dah tau tanggungjawab saya apa... hm awak, kalau awak nak curang belakang saya lagi , buatlah.. tapi saya harap lepas awak buat semua tuh Allah akan jauhkan saya daripada awak.. saya harap Allah akan hapuskan semua kenangan awak dari ingatan saya .. saya harap saya tak kan pernah berjumpa dengan awak walaupun awak FIRST LOVE dalam banyak lelaki yang pernah singgah di hati saya .. 

bila saya taip entry dekat blog ni setiap janji awak yang awak ucapkan dulu masih terngiang-ngiang di telinga saya sayang.. awak cakap awak pergi matrik dekat perlis sebab nak belajar, awak buat semua tuh untuk future kita.. awak ingat kan semua benda ni? saya tau bagi awak tak penting nak ingat cuma hati manusia siapa tahu kan.. mana tau jodoh saya dengan awak terhenti masa awak dekat sana di sebabkan dah jumpa perempuan yang lagi baik daripada saya kan.. kuasa Allah awak siapa dapat tandingi,... tak apalah kalau dah memang takdir saya bukan dengan awak... awak pergilah~...... mungkin itu yang terbaik ke apa .. :') awak.......... terima kasih sebab dah ajar saya macam mana sayangkan awak.. terima kasih untuk semua kenangan kita.. terima kasih sebab dah ajarkan saya macam mana hidup berdikari tanpa awak....... awak dekat sana belajarlah elok-elok tak perlu fikirkan saya lagi... hmmmm :) semoga awak berjaya dunia akhirat.. last, SAYA SAYANG AWAK.. I LOVE YOU... sekian wassalam :)


ashraf, maafkan saya yang selalu buat awak marah.. maafkan saya yang selalu ganggu hidup awak.. maafkan saya yang selalu menjadi beban awak.. maafkan saya yang selalu merindui awak.. maafkan saya yang tak boleh menjauhkan diri dari awak. dan MAAF kalau saya tak seperti yang awak inginkan :')

No comments :

Post a Comment