as'salam untuk readers blog ni.. maaf dah lama tak update blog ni.. dah berapa bulan dah agaknya... biasa lah busy dengan SPM & macam-macam.. homework bertimbun macam gunung , naik raya dah trial. astagfirullah , cepatnya masa berlalu... aku kena buat yang terbaik supaya mak ayah bangga dapat anak macam aku.. aku ni kan satu-satunya anak diaorang , dan aku tak nak sia-siakan kesempatan ue.. SPM nak menentukan masa depan aku, ... InsyaAllah kejayaan akan milik aku kalau aku berusaha dengan sebaik yang mungkin.. semoga Allah dengar doa aku kali ni.. Amin
kesian laptop aku dah berapa lama tak on, haihh habis line broadband lambat sangat.. geram giler kot.. nak aje tampar-tampar line ni tapi malangnya tak kesampaian.. eh mengarut pulak aku ni... sebenarnya sambil aku menaip entry ni sambil dengar lagu TERCIPTA UNTUKKU.. seriusly dah berzaman habis tak dengar lagu ni.. bila dah dengar teringat kenangan silam,.. alahai kelakar nya hidup aku.. roda penuh liku penuh tawa penuh duka penuh sengsara penuh teka teki dan sebagainya.. (sila fikir kalau faham)
okaylah yang tadi ue muqadimmah yang sekarang ni , straight to the point.. dalam blog ni memang tak ada nama lain selain dia.. aku nak update pasal siapa lagi kalau bukan dia seorang , dah dia je yang hadir dalam hidup aku selain ibu ayah.. benci mana pun aku dekat dia, dia juga yang banyak bagi rasa sedar yang teramat mendalam .. dia juga yang dah buat aku berubah, memang lah dia tak bimbing but cara dia layan aku automatik lah beri aku sedar.. cara layanan dia yang aku nak cakapkan ni ada banyak tahap.. cerita pasal tahap menahap ni aku nak cerita selepas dia buat aku sakit hati yang teramat dulu sebab dah tinggalkan aku dan macam-macam.. biasalah manusia hati dia berubah.. aku taip blog ni sebab aku tau kan ada orang yang nak stalk punya.. jadi, nak maki hamun ke tengking mengutuk ke senanglah sikit.. okay balik kepada cerita yang sepatutnya.. tahap pertama nya masa nak getback dulu.. aku ingat lagi tarikhnya 7 March 2014.. masa ue malam dalam pukul 8 lebih gituh, aku tengah berjalan-jalan dengan ibu ayah dekat kota sebab ada Ekspo Islam apa entah aku lupa lah.. then aku perasan ada mesej masuk, bila aku buka rupanya dari dia.. eh masa ue dalam hati aku memang nak marah memang nak memaki je.. dah putus buatlah cara putus kan.. ini nak contact balik lah apa lah eh dah kenapa ?!
ayat pertama dia "awq"... aku selamba je reply "kau nak apa lg? pergilah dgn aweq kau sana tak yah kacau aku".. dia balas "sy rindukan awak".. jawab aku "dah ada aweq buat cara dah ada aweq lah ingat aku percaya ke kata-2 kau?".. dia balas lagi "saya nak awq balik"... & bla bla bla malas nak teruskan perbicaraan but kesimpulannya aku terima dia .. pandai-pandai kauorang lah nak buat andaian sendiri macam mana.. cara layanan dia masa awal-awal aku rasa macam Ya Allah adakah ini jawapan diatas penderitaan aku sebelum ni.. kadang aku rasa dunia ni milik aku.. benda yang buatkan aku terima dia balik adalah cara dia sayang aku , cara dia panggil aku , cara dia merajuk dengan aku, cara dia marah aku , cara dia mengamuk , cara dia manja dan cara dia layan aku memang berbeza dengan lelaki yang pernah singgah dalam hidup aku.. well memang aku akui aku memang bencikan dia dulu tapi entah Allah gerakkan hati aku untuk sayangkan dia even masa ue dia dengan orang lain.. sepanjang aku putus dengan dia aku selalu stalk fb dia , fb aweq dia apa semua baca status diaorang.. tipu kalau aku cakap aku tak cemburu dengan semua tuh.. hidup aku masa ue sunyi sangat , mesej tak ada .. bunyi mesej masuk pon dah tak muncul.. aku sengaja tak cari peganti dia sebab bagi aku , confurm memang confurm aku tak kan boleh sayangkan orang lain macam mana aku sayangkan dia.. even lepas beberapa bulan break dengan dia aku TERCRUSH dengan kawan dia sendiri.. itu kisah lama , lagi pon dah lama aku lupakan .. alaa tak penting pon kan..
bila dah berbaik dengan dia kiteorang plan nak jumpa apa semua, untuk kali pertama jumpa dia .. dia temankan aku pergi bank, beli kasut ibu dan makan dekat mac'd.. time ue kenangan tak ada lah seindah pelangi tapi bila keluar tengok wayang dengan dia masa 2 MAY 2014 ue.. sumpah demi Allah itulah kenangan paling indah yang pernah aku ada sepanjang aku bersama dengan dia dalam tempoh 2 tahun ni.. kiteorang tengok cerita THE AMAZING SPIDERMAN 2 berdua, sambil makan jajan jacker hot spicy dengan air pepsi sebiji.. Then lepas tengok wayang pergi makan nasi goreng ayam , perghh mahal nak mampuih.. bankrap beb lama-lama kalau beli dekat sana.. tapi tak apalah berkorban sikit duitnya.. apa salahnya kan.. hehehe.. dia jalan-jalan sekejap apa semua , sedar sedar dah pukul 6.. aku temankan dia sampai dia naik motor tapi aku perhatikan dari jauh jelah.. nak salam sebenarnya cuma ramai orang so malu pulak.. dia nak temankan aku sampai ayah datang tapi aku tolak .. rumah dia kan jauh , so aku izinkan dia gerak awal.. masa dia start moto RXZ merah dia ue, aku rasa rindu yg teramat nak naik dengan dia .. haii tapi semua dah berlaku kan..
kenangan terakhir aku jumpa dia 30 May 2014 dekat MBO masa tengok wayang cerita Maleficent dengan afrina dan arif.. masa ue aku dengan dia agak tak okay sebab dia ue entah lah cakap aku tak layan dia apa semua cakap aku ni biarkan dia jalan sorang-sorang belakang aku macam bodyguard.. aku perempuan aku kenalah jaga hati kawan baik aku sendiri kan.. rasa macam nak tampar je muka dia ue.. tau nak judge yang buruk-buruk je.. last-2 aku malas nak layan dia , aku biarkan dia .. malas nak salam apa semua.. tapi bila aku fikir balik bukan aku nak kata MENYESAL ke apa cuma aku rasa hampa , aku rasa sebak bila dapat tau itulah kali terakhir aku jumpa dia .. dia pindah TERENGGANU dan dah lah sambung belajar dekat PERLIS.. urmm meh cakap dengan aku perempuan mana tak risau perempuan mana yang tak sedih bila orang yang selalu temankan dia berjalan tiba-tiba dah tak ada? .. tapi aku ikhlas kalau memang itu dah di takdirkan aku boleh buat apa , tak kan nak melawan takdir.. aku kena sabar dengan ujian ni, berat memang berat tapi apakan daya..
sampai lah satu tahap dia berubah 360 darjah , entah sampai aku tak kenal siapa dia yang sekarang.. sayang dia dah lain dah tak macam dulu.. aku dah tanya beratus kali tapi jawapan tetap sama,.. mungkin dia bosan mungkin dia dah penat & tak larat nak jaga aku .. aku kan cerewet.. suka buat perangai.. dia pernah cakap dekat aku ada budak usha diaa apa semua.. sebagai seorang perempuan normal , seriusly hati aku sakit hati aku remuk.. yaa even dia tak buat.. perlu ke dia nak cakap benda ue depan aku? perlu ke?!! T_T...
"sayang, awak berubah.. berubah sangat.. dulu awak selalu buat saya terhibur dulu awak selalu update pasal saya tapi kenapa sekarang perangai awak makin membuatkan saya hilang kepercayaan dalam sekelip mata? kalau awak dah jumpa peganti , jujurlah.. pada masa yang sama awak orang pertama yang buat rasa fobia saya datang balik ! awak kejam awak jahatt... mana awak yang dulu, mana awak yang selalu jaga hati saya? kenapa sekarang awak jadi orang yang selalu sakitkan hati saya? :'( janji awak mana sayang mana? awak hanya nampak kesalahan saya tapi pengorbanan saya mana awak pandang.. awak tolonglah sedar sedar sedar, saya mungkin tak lama , mungkin esok mungkin lusa saya dah tak ada.. awak, saya nk selalu manja-manja dengan awak, awak tak rindukan saya ke sayang? .. saya nak awak tau meskipun awak sekarang dah lain tapi saya tetap sayangkan awak.. saya merayu KEMBALIKAN MOHD ASHRAF BIN MOHD NOR saya yang dulu"
No comments :
Post a Comment